Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bangladesh tahan ratusan orang sebelum protes pembangkang

    DHAKA, 27 OKT – Ratusan aktivis pembangkang Bangladesh telah ditangkap, kata pegawai polis dan parti hari ini, menjelang perhimpunan besar di mana para pendukung berharap lebih sejuta orang akan berarak di jalan-jalan Dhaka.

    Parti Kebangsaan Bangladesh (BNP) dan sekutu kirinya, bersama beberapa kumpulan Islam telah melancarkan protes menuntut agar Perdana Menteri Sheikh Hasina berundur dan membenarkan kerajaan bebas mengawasi pilihan raya yang dijadualkan berlangsung menjelang hujung Januari.

    Hasina – anak kepada pemimpin pengasas negara itu – telah berkuasa selama 15 tahun dan telah mengawasi pertumbuhan ekonomi yang pesat dengan Bangladesh mengatasi negara jiran, India dalam KDNK per kapita, tetapi kerajaannya dituduh melakukan rasuah dan penyalahgunaan hak asasi manusia.

    BNP telah mengadakan perhimpunan besar pada Sabtu, dengan jurucakap parti, Zahir Uddin Swapan berkata mereka menjangkakan “lebih sejuta orang akan hadir.

    “Lautan manusia akan menyertai protes,” katanya kepada AFP. – AFP

    Aktivis dan penonton berkumpul di luar ibu pejabat Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) di Dhaka pada 27 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda