Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir kilat, tanah runtuh ragut 3 jiwa

    JAKARTA, 4 FEB – Wilayah kerajaan Indonesia, Bima, di Pulau Sumbawa di wilayah Nusa Tenggara Barat Indonesia secara rasmi mengisytiharkan keadaan darurat bencana hari ini berikutan banjir kilat dan tanah runtuh yang mengorbankan tiga orang.

    Keadaan darurat itu sah dari 4 Februari hingga 17 Februari, kerana pihak berkuasa tempatan menyasarkan untuk mempercepatkan usaha mencari dan menyelamat mangsa yang hilang serta mempercepatkan penyaluran bantuan kepada masyarakat yang terjejas.

    “Keadaan itu adalah berdasarkan pelbagai petanda, seperti siri bencana banjir dan tanah longsor yang baru-baru ini berlaku di Bima. Kami ingin memastikan proses pembinaan semula dan pengendalian pasca banjir dan tanah runtuh diutamakan,” kata Ketua Bahagian Perhubungan Awam Pentadbiran Bima, Syuriadin, hari ini.

    Banjir kilat berlaku Ahad lalu di daerah Wera itu telah menjejaskan beberapa rumah dan menghanyutkan lapan orang. Banjir itu turut menjejaskan berpuluh-puluh traktor tangan dan menenggelamkan berpuluh-puluh hektar sawah.

    Sehingga hari ini, pasukan penyelamat masih meneruskan misi pencarian mangsa. – Xinhua

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda