Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu kekalkan bekalan darah negara

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Orang ramai diseru untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu mengekalkan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam dengan mengambil bahagian dalam kempen-kempen menderma darah.

    Dalam hubungan itu, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatran mengadakan kempen derma darah yang dibukakan penyertaan kepada orang ramai pada 20 April di Tingkat 1, Pusat Membeli-belah Midvalley anjuran Arno Zoey Wonderland Hua Ho Manggis Mall bermula pukul 10:00 pagi hingga pukul 1:30 petang.

    Orang ramai adalah dialu-alukan untuk tampil ke hadapan bagi menjayakan serta menderma darah untuk sama-sama membantu mengekalkan bekalan stok darah di Negara Brunei Darussalam.

    Para penderma darah yang berminat adalah digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

    – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda