Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Bantu kesan pekerja lari

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 APRIL – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan dua orang pekerja warganegara asing yang dipercayai lari daripada majikan.

    Menurut kenyataan itu, dua laporan telah pun dibuat di Balai Polis Bandar Seri Begawan mengenai dua orang pekerja warganegara asing iaitu seorang lelaki warganegara Indonesia, Nanang Wahyudi yang berusia 35 tahun dengan nombor pasport C7107337 serta seorang perempuan warganegara Indonesia, Mia Marisa yang berusia 29 tahun dengan nombor pasport, C7047324.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kedua-dua orang pekerja warga asing berkenaan, boleh menghubungi Balai Polis Bandar Seri Begawan di talian 2242334 atau talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Nanang Wahyudi
    Mia Marisa

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...