Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu kesan pekerja lari

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, PPDB menyatakan bahawa laporan untuk mengesan pekerja lelaki warganegara Indonesia, Mohammad Fatoni berusia 28 tahun dengan nombor pasport, E0081883, telah dibuat di Balai Polis Tutong.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Tutong melalui talian, 4221206, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Mohammad Fatoni. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda