Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantuan pertama dari jeti AS tiba di Gaza

    WASHINGTON, 23 MEI – Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata kelmarin bahawa mereka telah mengedarkan jumlah terhad biskut tenaga tinggi di Gaza dalam beberapa hari kebelakangan ini yang tiba dari jeti binaan Amerika Syarikat (AS), iaitu bantuan pertama kemanusiaan baharu dari laluan laut yang sampai kepada rakyat Palestin yang amat memerlukan.

    Sebilangan kecil biskut tersebut tiba dalam penghantaran pertama yang dipunggah dari jeti pada Jumaat, kata jurucakap WFP, Steve Taravella.

    Agensi Pembangunan Antarabangsa AS memberitahu The Associated Press bahawa sejumlah 41 trak yang sarat dengan bantuan yang bernilai lebih AS$320 juta dari jeti berkenaan telah sampai ke pertubuhan kemanusiaan di Gaza.

    Bantuan sedang dihantar dari jeti, beritahu penasihat keselamatan negara AS, Jake Sullivan kepada wartawan kelmarin dalam respons terhadap pertanyaan mengenai pelancaran yang tidak lancar dalam penghantaran bantuan dari projek maritim itu.

    Namun ‘penghantaran tidak berlaku pada kadar yang memuaskan kami semua.’ – AP

    Trak yang sarat dengan bantuan kemanusiaan melintasi Jeti Trident sebelum tiba di pantai di Semenanjung Gaza pada 17 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda