Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Barcelona putus hubungan dengan Israel

    OVIEDO, Sepanyol, 9 Feb – Datuk Bandar Barcelona, Ada Colau mengumumkan bandar itu memutuskan semua hubungan dengan Israel kerana ‘pelanggaran hak asasi manusia secara berulang terhadap penduduk Palestin dan ketidakpatuhan kepada resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu’.

    Ada Colau telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, lapor agensi Anadolu memetik catatan Instagram beliau.

    Langkah itu termasuk menamatkan perjanjian Barcelona dan Tel Aviv yang ditandatangani pada 1998.

    Colau berkata keputusan itu dibuat atas permintaan lebih 100 entiti dan beribu-ribu penduduk Barcelona.

    Beliau berkata namun, pihaknya akan terus bekerjasama dengan entiti Palestin dan Israel ‘yang bekerja untuk keamanan dan menentang aparteid.’

    Persekutuan Komuniti Yahudi di Sepanyol (FCJE) ‘membantah dan kesal’ dengan keputusan itu yang didakwa dibuat ‘tanpa perbahasan’ dan tidak mewakili Barcelona dan rakyatnya. – Bernama

    Datuk Bandar Barcelona, Ada Colau mengumumkan bandar iitu memutuskan semua hubungan dengan Israel kerana ‘pelanggaran hak asasi manusia secara berulang terhadap penduduk Palestin dan ketidakpatuhan kepada resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.’ – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda