Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bawa senjata api, senator ditahan di Hong Kong

    SEATTLE, 24 OKT – Senator Jeff Wilson dari Washington Amerika Syarikat (AS) ditahan di Hong Kong pada Jumaat lalu kerana memiliki senjata api yang tidak dilesenkan, lapor agensi berita Jerman.

    Wilson tidak dapat dihubungi ketika diminta mengulas kes itu.

    Beliau menerusi satu kenyataan berkata kejadian itu satu kesilapan yang tidak disengajakan dan akan segera diselesaikan.

    Jurucakap pemimpin itu, Erik Smith berkata, Wilson ketika kejadian sedang memulakan percutian selama lima minggu ke Asia Tenggara, dengan menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Portland.

    Smith berkata Wilson secara tidak sengaja memasukkan sepucuk revolver ke dalam beg bimbitnya.

    jata itu tidak dikesan oleh pihak keselamatan di lapangan terbang dan Wilson hanya menyedarinya ketika sudah berada di dalam pesawat. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda