Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beg udara Takata pecah, BMW tarik balik SUV

    DETROIT, 3 DIS – BMW menarik balik sebilangan kecil SUV di Amerika Syarikat (AS) kerana inflator beg udara pemandu boleh pecah dalam kemalangan, serpihan logam bertempiaran dan mungkin mencederakan atau membunuh orang di dalam kenderaan.

    Pengawal selia keselamatan kereta AS dalam dokumen yang disiarkan kelmarin bahawa penarikan balik itu meliputi 486 SUV X3, X4 dan X5 dari tahun model 2014 yang dilengkapi dengan beg udara yang dibuat oleh Takata Corp dari Jepun.

    Penarikan balik itu menimbulkan persoalan tentang keselamatan kira-kira 30 juta inflator Takata yang sedang disiasat oleh Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan. Kebanyakannya tidak ditarik semula.

    Takata menggunakan ammonia nitrat untuk mencipta letupan kecil untuk mengembang beg udara dalam kemalangan. Tetapi bahan kimia itu boleh merosot dari semasa ke semasa apabila terdedah kepada suhu dan kelembapan yang tinggi. Ia boleh meletup dengan terlalu kuat, menghembus kanister logam dan mengeluarkan serpihan.

    Sekurang-kurangnya 26 orang telah terbunuh di AS oleh inflator Takata sejak Mei 2009, dan sekurang-kurangnya 30 telah meninggal dunia di seluruh dunia termasuk orang di Malaysia dan Australia. Di samping itu, kira-kira 400 orang telah cedera.

    Potensi kerosakan yang berbahaya membawa kepada siri penarikan balik kereta terbesar dalam sejarah AS, dengan sekurang-kurangnya 67 juta inflator Takata terlibat. Kerajaan AS mengatakan banyak yang belum dibaiki. Kira-kira 100 juta inflator telah ditarik balik di seluruh dunia. Beg udara yang meletup menyebabkan Takata muflis. – AP

    Gambar fail – BMW tarik semula sebilangan kecil SUV di AS pada 2 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda