Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beijing hasrat ‘kurangkan selisih faham’ dengan Washington

    WASHINGTON, 27 OKT – Menteri Luar China Wang Yi pada kelmarin berkata Beijing berhasrat ‘mengurangkan perselisihan faham dan tanggapan salah’ dengan Washington menjelang pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, lapor Agensi Berita dpa.

    Dalam kenyataan kepada media menjelang pertemuan dengan Blinken di Washington, beliau berkata bahawa hubungan antara China dan AS harus kembali ke landasan yang sihat, stabil dan mampan.

    “Apa yang betul dan apa yang salah tidak berlandaskan kepada siapa memiliki “kuasa atau suara yang lebih lantang, tetapi seharusnya berkelakuan dengan cara yang konsisten dengan tiga pernyataan bersama China-AS, selaras dengan undang-undang dan norma asas hubungan antarabangsa, dan sejajar dengan keadaan semasa,” kata ketua diplomat itu melalui jurubahasa.

    Sementara itu, Blinken menyatakan persetujuan dengan kenyataan Wang dan menantikan “sesi perbincangan yang membina dalam tempoh dua hari akan datang.”

    Lawatan Wang dijangka berakhir pada Sabtu.

    Hubungan antara AS dan China tegang akibat pelbagai isu, termasuk sokongan China terhadap operasi ketenteraan Rusia di Ukraine, isu Taiwan, dan pertikaian perdagangan yang berterusan.

    Baru-baru ini, kedua-dua negara-negara itu telah berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan mengadakan lawatan antara wakil kerajaan dengan lebih kerap. – Bernama

    Setiausaha Negara AS, Antony Blinken bercakap dengan Menteri Luar China, Wang Yi sebelum mesyuarat di Jabatan Negara di Washington, DC, 26 Oktober 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda