Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beijing suarakan kebimbangan terhadap siasatan EU

    BEIJING, 10 APRIL – Beijing berkata hari ini ia ‘sangat bimbang’ mengenai siasatan Kesatuan Eropah (EU) terhadap pembekal turbin angin China, langkah terkini Brussels yang menyasarkan negara itu berhubung subsidi teknologi hijau yang disyaki menjejaskan persaingan yang adil.

    EU sedang berusaha untuk meningkatkan tenaga boleh diperbaharui secara besar-besaran dengan matlamat sifar pelepasan gas rumah hijau menjelang 2050 sambil mengurangkan kebergantungan berlebihan terhadap teknologi China yang lebih murah.

    Ketua persaingan blok itu, Margrethe Vestager, mengumumkan siasatan ke atas pembekal turbin angin China semasa ucapan kelmarin di Amerika Syarikat.

    Beliau berkata siasatan tersebut akan melibatkan pembangunan taman angin di Sepanyol, Greece, Perancis, Romania dan Bulgaria.

    Beijing membalas hari ini, dengan jurucakap kementerian luar, Mao Nig menyelar ‘proteksionisme’ EU, sambil memberitahu wartawan bahawa ia ‘melindungi kemunduran dan menyebabkan banyak kerugian’.

    “Kami menggesa pihak Eropah untuk mematuhi peraturan dan prinsip pasaran WTO, dan China akan dengan tegas melindungi hak dan kepentingan sah syarikat-syarikat China,” katanya.

    “China sangat bimbang mengenai langkah-langkah diskriminasi yang diambil oleh pihak Eropah terhadap syarikat-syarikat China dan juga industri-industri,” tambah Mao. – AFP

    Foto dari udara yang diambil pada 8 April ini menunjukkan bilah turbin di sebuah kilang di Yangzhou, di wilayah Jiangsu, timur China. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda