Thursday, May 2, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Bekas presiden Filipina meninggal dunia

    MANILA, 31 JULAI – Bekas presiden Filipina Fidel Ramos, yang menyelia tempoh pertumbuhan stabil dan keamanan sekali gus meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemimpin paling efektif di negara itu, telah meninggal dunia pada usia 94 tahun, kata keluarganya hari ini.

    Dikenali sebagai ‘Steady Eddie’ kerana sikap tenangnya semasa detik-detik pergolakan biasa di negara itu, beliau sering dirakam lensa kamera semasa sedang mengunyah cerut yang tidak menyala ketika memimpin Filipina dengan prestasi baik dan yakin dari tahun 1992 hingga 1998.

    Lelaki berkerjaya tentera yang tidak pernah memegang jawatan yang dipilih sebelum ini, bertingkah laku seperti profesor tidak seperti imej bombastik kebanyakan ahli politik Filipina.

    Beliau juga merupakan orang Protestan pertama yang memegang jawatan tertinggi di negara yang beragama Katolik itu, walaupun mendapat tentangan daripada beberapa pihak dalam gereja.

    Beliau kemudiannya membuat dorongan agresif untuk perancangan keluarga bagi mengekang pertumbuhan penduduk yang pesat

    Tetapi seperti pegawai tertinggi lain semasa zamannya, Ramos memainkan peranan dalam pemerintahan diktator Ferdinand Marcos, yang menyaksikan ribuan terbunuh dan ribuan lagi dipenjarakan.

    Dalam satu kenyataan ringkas, keluarga Ramos berkata ia ‘sangat sedih’ untuk mengumumkan berita kematian bapanya itu. Puncanya tidak dinyatakan.

    Penggubal undang-undang, diplomat, bekas ahli politik dan pentadbiran baharu mengutus ucapan takziah kepada Ramos dalam media sosial.

    “Saya mengucapkan takziah kepada keluarga bekas presiden Fidel Valdez Ramos yang meninggal dunia hari ini setelah menjalani kehidupan penuh sebagai pegawai tentera dan penjawat awam,” kata Presiden Ferdinand Marcos Jr, anak lelaki dan senama mendiang diktator, yang baru saja bertugas sebagai pemimpin bulan lalu. – AFP

    Gambar fail bertarikh 13 Ogos 2016 menunjukkan bekas presiden Filipina, Fidel Ramos. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...