Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Lawatan tinjau potensi kerjasama amal

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 31 JULAI – Sekumpulan ahli Kelab Lions Belait dan Kelab Rotry Belait telah mengadakan lawatan ke premis Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) di Daerah Belait kelmarin.

    Mengetuai lawatan itu ialah Presiden Kelab Lions Belait, Keith Wong yang disertai Setiausaha, Joseph Teo serta mantan-mantan presiden, Johnny Cheong dan Daniel Wong, sementara itu, Presiden Kelab Rotary Belait, Henrietta Hiew dan Setiausaha, Camille Chai turut hadir.

    Semasa lawatan berkenaan, rombongan bertemu dengan perwakilan pusat tersebut bagi membincangkan potensi di mana kelab-kelab berkenaan boleh membantu menambah baik persekitaran pusat demi kebaikan pelajar-pelajar mereka.

    Di samping itu, kelab-kelab berkenaan juga membincangkan potensi kerjasama pengumpulan dana pada masa akan datang yang dirancang untuk laksanakan bersama pusat itu bukan sahaja bagi membantu menambah dana malah menggalakkan penyertaan daripada pelajar-pelajar, guru, ibu bapa dan penjaga serta orang awam.

    Gambar ramai delegasi dari Kelab Lions Belait dan Kelab Rotary Belait semasa lawatan berkenaan. – Gambar serahan Kelab Lions Belait
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...