Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Bella Hadid harap dapat jalani Ramadan dengan tenang

    Model terkenal antarabangsa, Bella Hadid mengambil peluang untuk mengucapkan salam Ramadan kepada pengikutnya yang menyambut kehadiran bulan mulia itu.

    Menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya, Bella turut mendoakan agar diberikan kesejahteraan sepanjang menjalani ibadah puasa.

    “Selamat menyambut Ramadan kepada semua. Saya doakan agar kita dapat lalui Ramadan ini dengan tenang,” tulisnya.

    Menjengah di ruangan komen, bapa Bella iaitu Mohamed Hadid turut mendoakan agar mereka sekeluarga dapat menyambut kehadiran Ramadan dengan penuh keberkatan.

    “Saya sayang awak Bella. Semoga Ramadan ini menjadi bulan yang paling indah dan tenang untuk awak dan keluarga kita insyaAllah,” katanya.

    Hantaran yang dimuat naik oleh supermodel itu menerima lebih 700,000 tanda suka dan 7,000 komen. – Agensi

    Bella teruja menyambut kedatangan Ramadan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...