Oleh Daniel Lim
BELAIT, 8 NOV – Pelajar Tahun 6 dan 8 dari Sekolah St Angela Seria mengembangkan pengetahuan mereka tentang robotik dan pengekodan dalam bengkel STEAM yang diadakan baru-baru ini.
Bengkel yang diadakan dalam bilik darjah sekolah berkenaan dianjurkan oleh Pusat Pembelajaran Gen Tech yang juga dikenali sebagai Zenius Tech Brunei.
Dalam bengkel berkenaan, pelajar mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan mencabar apabila pelajar Tahun 8 mempelajari lebih lanjut tentang motor dan robotik dengan menggunakan pen 3D untuk mencipta rantai kunci dan juga membina robot kawalan jauh.
Robot-robot yang telah siap kemudiannya diuji dalam medan permainan di mana mereka bertempur antara satu sama lain.
Sementara itu, pelajar Tahun 6 belajar mempelajari tentang membuat kad litar kertas dan membina robot sumo yang kemudiannya turut diuji dalam pertempuran.
Dengan pengalaman praktikal dalam bidang STEAM, memupuk kreativiti, penyelesaian masalah dan kerja berpasukan melalui bengkel berkenaan, kedua-dua kumpulan tahun berjaya memperoleh kemahiran dan pengetahuan berharga dalam teknologi dan inovasi.