Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berangkat ke Riyadh hadiri GCC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat ke Riyadh, Arab Saudi hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama ASEAN-Teluk (GCC) yang akan berlangsung pada 20 Oktober.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Sebelum berangkat dari Istana Nurul Iman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Berangkat di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah kerabat diraja.

    Berangkat sama dan hadir di hangar bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, menteri-menteri kabinet, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Di-Raja, timbalan-timbalan menteri dan pemangku Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan melambaikan tangan sebelum memasuki pesawat bagi keberangkatan ke Riyadh, Arab Saudi untuk menghadiri Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama ASEAN-Teluk (GCC) yang akan berlangsung pada 20 Oktober. Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menadah tangan berdoa di Istana Nurul Iman. – Gambar oleh Infofoto
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berkenan berangkat menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia. – Gambar oleh Muiz Matdani

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda