Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat balik

    Oleh Syahmi Hassan –

    DUBAI, 3 DIS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kelmarin berangkat bertolak meninggalkan Dubai selepas menghadiri Sesi Pembukaan Sidang Kemuncak Tindakan Iklim Dunia dan bahagian pertama Segmen Peringkat Tinggi bagi Ketua-ketua Negara dan Kerajaan di Persidangan ke-28 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim

    Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (COP 28).Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Sebelum berangkat balik, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum, Dubai bagi menyembahkan ucapan selamat berangkat kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Minister of State for Foreign Trade, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Tuan Yang Terutama Dr Thani bin Ahmed Al Zeyoudi.

    Juga hadir ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke UAE, Tuan Yang Terutama Haji Harun bin Haji Junid serta pegawai dan kakitangan Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Abu Dhabi, UAE.

    GAMBAR OLEH INFOFOTO
    TYT Dr Thani menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Baginda Sultan. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menerima junjung ziarah sebelum berangkat meninggalkan tempat persemayaman. – GAMBAR OLEH INFOFOTO

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda