Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat serikan rumah terbuka

    Oleh Yusrin Junaidi & Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 FEB – Masyarakat Tionghua di negara ini mula menyambut Tahun Baharu Cina (TBC) kelmarin bagi mengalu-alukan Tahun Naga dalam kalendar Cina dan sudah menjadi tradisi sambutan diserikan dengan rumah-rumah terbuka.

    Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat ke majlis rumah terbuka di kediaman keluarga bekas jurulatih sukan pool Duli Yang Teramat Mulia, mendiang Lim Chin Yee atau lebih dikenali sebagai Si Pungut di Kampung Subok.

    Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.

    Sementara itu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul Adawiyyah berserta anakanda-anakanda, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muthee’ah Raayatul Bolqiah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Fathiyyah Rafaahul Bolqiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Khaalishah Mishbaahul Bolqiah berkenan berangkat ke majlis rumah terbuka berkenaan pada sebelah petang.

    Manakala itu, kelmarin, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berserta anakanda-anakanda berkenan berangkat ke rumah terbuka beberapa orang pembesar negara dan ahli perniagaan ternama.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berserta anakanda-anakanda, YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim, YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah, YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman dan YTM Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah berkenan bergambar ramai bersama keluarga Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berserta anakanda-anakanda, YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim, YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah, YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman dan YTM Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah berkenan menggaul Yee Sang. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan menandatangani potret semasa kunjungan rumah terbuka. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menandatangani potret semasa kunjungan rumah terbuka. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    ATAS & BAWAH : DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berserta anakanda-anakanda berkenan bergambar ramai. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berserta anakanda-anakanda berkenan bergambar ramai pada rumah terbuka TBC di kediaman keluarga mendiang Lim Chin Yee. – GAMBAR SERAHAN ALEESOFT
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Malik dan Y AM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul Adawiyyah berserta anakanda-anakanda berkenan berangkat ke majlis rumah terbuka keluarga mendiang Lim Chin Yee. – GAMBAR SERAHAN ALEESOFT
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Malik, YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul Adawiyyah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berkenan bergambar ramai di kediaman Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin. Hadir sama ialah anakanda-anakanda DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Malik, dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi. – GAMBAR OLEH AZLAN OTHMAN
    Persembahan tarian singa memeriahkan lagi majlis rumah terbuka sempena Sambutan TBC. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Antara rumah yang dikunjungi ialah kediaman Pengarah Urusan Goh Hock Kee Motors Sdn Bhd, Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin dan Datin Chang Nyuk Kee di Kampung Sungai Besar, Kota Batu.

    Secara berasingan, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul Adawiyyah serta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah turut berkenan berangkat ke kediaman Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin. Hadir sama ialah anakanda-anakanda DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Malik, dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berserta anakanda-anakanda turut mengunjungi rumah terbuka Lim Han Chiong yang baru sahaja memegang jawatan sebagai Presiden Dewan Perniagaan Cina Brunei dan merupakan Pendaftar Perkahwinan Cina.

    Turut dikunjungi adalah kediaman Pengarah Urusan Bayu Ilham Motors Sdn Bhd, Chieng Ing Nang di Kampung Jangsak, Pengerusi Tiong Jaya, Lee Kok Tiong di Jalan Ban 1, Kampung Kilanas dan Pengarah Urusan Goldmyne Hardware Sdn Bhd, Dato Seri Lau Kung Ching di Jalan Tutong.

    Pada majlis rumah-rumah terbuka berkenaan, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menyertai menggaul Yee Sang sebagai tradisi sambutan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda