Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan ke Majlis Forum Perdana Majlis Ilmu 2023

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), kelmarin, berkenan berangkat ke Majlis Forum Perdana Majlis Ilmu 2023 di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik.

    Keberangkatan tiba DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, dijunjung oleh pengerusi-pengerusi bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2023 iaitu Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu

    Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar; Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dalam sembah alu-aluannya menyembahkan, forum membentangkan huraian maksud munajat dan taubat yang menjadi inti ungkapan kata tema Majlis Ilmu 2023.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan berangkat ke Majlis Forum Perdana Majlis Ilmu 2023. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    GAMBAR OLEH INFOFOTO
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan menyaksikan buku Majlis Ilmu: Mercu Tanda Intelektualisme Raja Kita – Suluh Negara. Berangkat sama, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    Barisan ahli panel semasa forum berkenaan. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    Antara yang hadir semasa Majlis Forum Perdana berkenaan. – GAMBAR OLEH INFOFOTO

    Ia adalah sebahagian daripada usaha sebagai rakyat yang beriman kepada Allah SWT secara kolektif untuk memastikan Negara Brunei Darussalam yang sedia dengan sifatnya merupakan negara zikir.

    Acara forum dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

    Sesi Forum Khas menampilkan Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia, Sahibus Samahah Datuk Profesor Madya Dr Luqman bin Haji Abdullah; Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal; dan Penolong Mufti (Ifta’), Jabatan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr Haji Dennie bin Haji Abdullah dengan Pensyarah Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA, Dr Mohammad Hilmy Baihaqy bin Haji Awang Yussof sebagai moderator.

    Tajuk Forum Khas ialah Munajat Senegara dengan Bertaubat yang menyentuh mengenai maksud munajat dan bagaimana munajat mampu memberikan impak positif dalam kehidupan di dunia dan seterusnya membahaskan mengenai kedudukan seseorang yang bertaubat tetapi masih melakukan dosa.

    Majlis Forum Perdana Majlis Ilmu 2023 merupakan salah satu acara keraian sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

    Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77 Tahun.

    Dengan tema Munajat Senegara dengan Taubat, acara pada tahun ini diungkayahkan bersama oleh JPM, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda