Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JAN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menerima mengadap secara berasingan King of the Kingdom of Bhutan, His Majesty King Jigme Khesar Namgyel Wangchuck dan Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Lee Hsien Loong.

    His Majesty King Jigme Khesar Namgyel Wangchuck, dan TYT Dato Laila Utama Lee Hsien Loong berada di Negara Brunei Darussalam selaku tetamu-tetamu khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi berangkat dan menghadiri Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja antara Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dengan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam.

    Majlis-majlis mengadap berlangsung di Cheradi Ratna Kenchana, Istana Nurul Iman.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima mengadap His Majesty King Jigme Khesar Namgyel Wangchuck di Istana Nurul Iman, kelmarin. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    Baginda Sultan berkenan mengadap TYT Dato Laila Utama Lee Hsien Loong. – GAMBAR OLEH INFOFOTO

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda