Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Pengarah Urusan Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) yang telah menamatkan perkhidmatan, Agnete Johnsgaard-Lewis, dan bakal Pengarah Urusan BSP yang baharu, Johan Atema, pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman, hari ini.

    Pada majlis mengadap itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Usahasama Brunei Shell (BSJV) bersama dengan kedua-dua Pengarah Urusan BSP yang telah menamatkan perkhidmatan dan yang baharu, telah membincangkan hala tuju strategik Syarikat BSP.

    Perbincangan tersebut mengetengahkan komitmen Syarikat BSP untuk menyumbang kepada pertumbuhan industri minyak dan gas Negara Brunei Darussalam dan seterusnya menekankan kepentingan untuk mengukuhkan lagi kerjasama yang telah lama terjalin antara BSJV dan The Asiatic Petroleum Limited (Shell plc).

    Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah; dan Timbalan Menteri (Tenaga) di JPM, Dato Seri Paduka Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, selaku ahli-ahli Lembaga Pengarah BSJV.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, kelmarin berkenan menerima mengadap Pengarah Urusan Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) yang telah menamatkan perkhidmatan, Agnete Johnsgaard-Lewis dan bakal Pengarah Urusan BSP yang baharu, Johan Atema, di Istana Nurul Iman. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima mengadap Johan Atema pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman, kelmarin. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    Baginda Sultan berkenan menerima mengadap Agnete Johnsgaard-Lewis semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH INFOFOTO

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda