Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bersama semarakkan Larian Hari Olimpik

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Orang ramai dialu-alukan untuk sama-sama menyemarakkan Larian Hari Olimpik yang akan diadakan pada 23 Jun depan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

    Dianjurkan oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Brunei Darussalam (BDNOC) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), larian berkenaan dibahagikan kepada beberapa kategori termasuk kategori 1.8km untuk lelaki dan perempuan bawah 12 tahun, kategori orang kelainan upaya, kategori veteran
    lelaki dan wanita sejauh 3km dan kategori lelaki dan wanita terbuka 5km.

    Mereka yang berminat boleh mendaftar secara percuma bermula 27 Mei dari pukul 8:30 pagi hingga 12 tengah hari di Bilik 13, Stadium Negara Hassanal Bolkiah bagi Daerah Brunei dan Muara.

    Sementara itu, bagi Daerah Belait, Tutong dan Temburong, pendaftaran akan dibuka pada 28 dan 29 Mei dari 2 petang hingga 4 petang di Kompleks Sukan, JBS.

    Di samping itu, pendaftaran akan disediakan di semua kompleks sukan, JBS di keempat-empat daerah.

    Peserta yang berdaftar akan mendapat baju T edisi terhad sempena memperingati Larian Hari Olimpik 2024 (akan diedarkan dan dimaklumkan kemudian), sijil (selepas menamatkan acara larian) dan pingat untuk 10 terbaik dalam setiap kategori.

    Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Yang Di-Pertua BDNOC dijangka berkenan berangkat ke majlis berkenaan.

    GAMBAR SERAHAN BDNOC
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda