Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Biden bertemu ketua NATO

    WARSAW, 22 FEB – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dijadual bertemu dengan pemimpin Eropah timur hari ini untuk membincang sokongan terhadap Ukraine, sementara Presiden Vladimir Putin mengadakan rundingan dengan diplomat tertinggi China di Moscow.

    Lawatan Wang Yi diadakan selepas Washington dan NATO menyuarakan kebimbangan China mungkin bersedia untuk membekalkan Rusia dengan senjata dalam peperangannya di Ukraine.

    Biden ketika mengadakan lawatan ke Poland semalam berkata Ukraine ‘tidak akan menjadi kemenangan untuk Rusia’, sementara Putin berikrar akan meneruskan peperangan.

    Bercakap beberapa jam kemudian di ibu negara sekutu NATO, Poland, di depan orang ramai di luar Istana Diraja Warsaw, Biden berkata Barat ‘tidak berkomplot untuk menyerang Rusia seperti yang dikatakan Putin.’ Pemimpin berusia 80 tahun itu telah mengadakan lawatan mengejut ke Kyiv sehari sebelumnya, yang pertama sejak serangan bermula dan beberapa hari sebelum ulang tahun setahun peperangan.

    “Tidak timbulnya keraguan, soko-ngan kami terhadap Ukraine tidak akan berubah, NATO tidak akan berpecah dan kami tidak akan berasa jemu,” katanya.

    Lewat hari ini, Biden dijangka bertemu dengan pemimpin negara-negara NATO yang telah mengetuai gesaan meminta bantuan tentera ke Ukraine. – AFP

    Presiden AS Joe Biden bergambar bersama kanak-kanak yang mengibarkan bendera AS, Poland dan Ukraine selepas menyampaikan ucapan di Istana Diraja Warsaw di Warsaw, Poland pada 21 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda