Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Biden sertai TikTok

    Logo TikTok pada telefon pintar. – AFP

    WASHINGTON, 12 FEB – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyertai TikTok lewat kelmarin, membuat kemunculan pertamanya di platform media sosial itu dengan video berdurasi 26 saat.

              Tindakan itu dibuat selepas kritikan tajam kerajaan AS terhadap platform perkongsian video tersebut dalam beberapa tahun kebelakangan, terutamanya bukan sahaja daripada pihak Republikan tetapi juga daripada pentadbiran Biden sendiri.

              TikTok dimiliki oleh firma China, ByteDance dan telah dituduh oleh sebilangan besar ahli politik AS sebagai alat propaganda yang digunakan oleh Beijing, walaupun syarikat itu dengan tegas menafikan tuduhan tersebut.

              Dalam video yang dimuat naik pada akaun kempen @bidenhq, kelmarin, presiden Demokrat berusia 81 tahun itu dengan santai menyentuh pelbagai topik daripada politik hingga perlawanan kejuaraan NFL

              Apabila ditanya sama ada beliau lebih suka menonton Super Bowl atau pertunjukan separuh masa yang terkenal, tahun ini dibintangi oleh penyanyi Usher, beliau memilih untuk menonton perlawanan sebenar itu sendiri.

              Ditanya sama ada terdapat rancangan rahsia untuk memanipulasi perlawanan supaya bintang pop, Taylor Swift – yang menjalin hubungan dengan bintang Kansas City Chiefs, Travis Kelce – boleh menggunakan kemasyhurannya untuk menyokong Biden, presiden itu secara bergurau menyokong teori konspirasi kanan yang tidak berasas itu.

              “Saya akan mendapat masalah jika saya memberitahu awda,” katanya.

              Oleh kerana kebimbangan keselamatan, beberapa negeri dan kerajaan persekutuan telah mengharamkan aplikasi itu pada peranti rasmi kerajaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda