Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bincang inisiatif majukan ekonomi

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 FEB – Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengadakan Sesi Muzakarah di antara ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) dengan Kementerian Kewangan dan Ekonomi yang berlangsung di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE), Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MOFE, di sini, hadir selaku pengerusi semasa sesi muzakarah berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, setiausaha tetap, pemangku setiausaha-setiausaha tetap, Pengarah Urusan Brunei Darussalam Cental Bank, timbalan setiausaha tetap berserta ketua-ketua jabatan dan bahagian MOFE.

    Manakala rombongan daripada ahli MMN diketuai oleh Yang Berhormat Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin, yang juga telah menyampaikan ucapan balas semasa permuzakarahan berkenaan.

    Sesi muzakarah berkenaan merupakan sebuah platform perbincangan serta bertukar-tukar pandangan dan pengetahuan secara konstruktif dalam mencapai objektif sama dalam memajukan ekonomi negara melalui perbelanjaan yang relevan dan berdaya tahan, demi sama-sama menjaga kemakmuran rakyat pada masa ini dan generasi yang akan datang.

    Selain itu, ahli-ahli MMN juga mendengarkan inisiatif-inisiatif dan pencapaian MOFE bagi tahun 2023.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew semasa menghadiri sesi muzakarah yang berlangsung di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN MOFE
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda