Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Blinken gesa Hamas terima gencatan senjata

    BAITULMAQDIS, 1 MEI – Diplomat tertinggi Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken hari ini menggesa Hamas menerima gencatan senjata di Semenanjung Gaza, selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar untuk menghantar tentera ke bandar Rafah di selatan.

    Washington telah meningkatkan tekanan ke atas semua pihak untuk mencapai gencatan senjata, satu mesej yang didesak oleh Blinken, yang sedang mengadakan kunjungan serantau ketujuh sejak perang Gaza meletus pada Oktober.

    Seorang pegawai Israel memberitahu AFP bahawa kerajaan ‘akan menunggu jawapan sehingga Rabu malam,’ dan kemudian ‘membuat keputusan’ sama ada menghantar delegasi ke rundingan tidak langsung yang diketengahkan oleh pengantara AS, Mesir dan Qatar di Kaherah.

    Kumpulan pejuang Palestin berkata ia sedang mempertimbangkan rancangan untuk gencatan senjata selama 40 hari dan pertukaran berpuluh-puluh tebusan untuk sejumlah besar tahanan Palestin.

    Utusan Hamas yang pulang ke pangkalan mereka di Qatar dari Kaherah, akan ‘membincangkan idea dan cadangan itu,’ kata sumber Hamas, sambil menambah, “Kami berminat untuk memberikan respons secepat mungkin.”

    Antony Blinken (kanan) bertemu dengan keluarga tebusan yang diculik dalam serangan pada 7 Oktober oleh kumpulan Hamas, di luar sebuah hotel di Tel Aviv, kelmarin. – AFP

    Blinken berkata sudah tiba giliran untuk Hamas mengambil tindakan.

    “Terdapat cadangan yang amat kukuh di atas meja sekarang. Hamas perlu berkata ya, dan perlu menyelesaikannya,” katanya.

    Beberapa jam sebelum Blinken mendarat di Tel Aviv, Netanyahu berikrar untuk menghantar tentera darat ke Rafah walaupun AS memberi amaran berulang kali mengenai potensi kematian besar dalam kalangan 1.5 juta orang awam yang berlindung di bandar itu.

    “Kami akan memasuki Rafah dan kami akan menghapuskan batalion Hamas di sana dengan atau tanpa perjanjian,” beritahu perdana menteri sayap kanan itu kepada keluarga tebusan.

    Menjelang pertemuan sukar dengan Netanyahu di Baitulmaqdis, Blinken juga bertemu secara peribadi dengan keluarga tebusan di Tel Aviv. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda