Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    BSKA raih 4 pingat di kejohanan karate Sabah

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Persatuan Karate Shotokan Brunei (BSKA) dari Sekolah Sukan baru-baru ini telah menghantar tujuh atlet negara untuk menyertai Kejohanan Karate Shotokan Terbuka Pertama Sabah 2024 di Institut Latihan Perindustrian, Kota Kinabalu (ILPKK) dari 27 hingga 28 April lalu.

    Kejohanan itu disertai oleh atlet-atlet dari tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei.

    Para atlet negara telah menjalani latihan intensif sebelum kejohanan tersebut dengan bimbingan jurulatih mereka, Mohammad Ishak Haji Abu Bakar, serta bantuan pengurusan daripada Mohd Juanda bin Lamzi dan Haji Adanan bin Haji Kadir sepanjang kejohanan berlangsung.

    Secara keseluruhan, Brunei berjaya mempamerkan prestasi yang membanggakan dengan memenangi empat pingat.

    Mohammad Sawalal bin Hamdan meraih pingat emas dalam kategori Kumite Individu Lelaki 12 hingga 13 Tahun Atas 45kg.

    Sementara Mohammad Zul Fahmi bin Roslan memperoleh pingat gangsa dalam Kategori Kumite Individu Lelaki Kadet Bawah 57kg. Mohammad Zul Farhan bin Roslan pula membawa pulang pingat gangsa dalam Kategori Kumite Individu Lelaki Senior Bawah 75kg, dan Nur Saifullah Hazami bin Salim menambah koleksi pingat gangsa dalam Kategori Kumite Individu Lelaki Senior Bawah 60kg.

    Antara barisan atlet negara yang menyertai kejohanan tersebut sempat bergambar ramai. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda