Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bublik julang trofi ATP ketiga

    ANTWERP, 23 OKT – Alexander Bublik dari Kazakhstan menewaskan pemain Perancis, Arthur Fils 6-4, 6-4 untuk memenangi trofi kejohanan ATP ketiganya di Antwerp kelmarin.

    Bublik yang berada di ranking ke-36, menyertai acara itu selepas tewas dalam pusingan pembukaan kesemua lima kejohanan yang ditandinginya sejak beliau mencapai pusingan keempat Wimbledon. Beliau berjaya mengatasi lawannya yang menduduki ranking ke-38 dalam masa satu jam 16 minit.

    Fils sebelum ini memburu gelaran kedua musim ini selepas menang di laman sendiri di Lyon pada Mei, setelah menyingkirkan pemain dari Greek, Stefanos Tsitsipas pada aksi separuh akhir dalam kejohanan di Belgium.

    Tetapi pemain berusia 19 tahun itu menghadapi perlawanan sengit daripada Bublik dan menanggung kesilapan yang banyak.

    Pemain Kazakhstan berusia 26 tahun itu menamatkan set pertama dalam masa 34 minit selepas mematahkan servis lawannya pada kedudukan 2-2.

    Beliau berjaya mendahului pada awal pusingan kedua dan mengekalkan kelebihan dua mata pada kedudukan 3-2 untuk meraih gelaran ketiganya selepas kejuaraannya dalam kejohanan di Halle pada tahun ini dan di Montpellier pada 2022. – AFP

    Bublik mengembalikan bola kepada Fils semasa perlawanan akhir perseorangan lelaki pada kejohanan ATP Tenis Terbuka Eropah di Antwerp baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda