Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bucks lakar kemenangan kesembilan berturut-turut

    LOS ANGELES, 10 FEB – Giannis Antetokounmpo (Gambar – AFP) memperoleh 38 mata dan 10 rebound, dan Bucks bangkit pada separuh masa kedua untuk kemenangan kesembilan berturut-turut, 115-106 ke atas Los Angeles Lakers, yang tanpa LeBron James, kelmarin.

    James diketepikan kerana kecederaan buku lali dan kaki, dua hari selepas
    memecahi rekod jaringan Kareem Abdul-Jabbar sekali gus menjadi penjaring terbanyak dalam NBA.

    Bucks masih ketinggalan dengan 11 mata dalam babak separuh masa pertama, tetapi Antetokounmpo memperoleh 23 mata pada babak separuh masa kedua.

    Khris Middleton menjaringkan 22 mata dan Jrue Holiday menambah 18 mata untuk Bucks, yang menyamai rekod kemenangan terpanjang mereka sejak permulaan 9-0 mereka musim ini.

    Milwaukee bersedia untuk mengharungi aksi pasca musim selepas menambah pemain veteran, Jae Crowder ke dalam skuadnya ketika musim pertukaran pemain.

    Reaksi Giannis Antetokounmpo #34 selepas menjaringkan semasa kemenangan di Crypto.com Arena di Los Angeles, California. – AFP

    Dennis Schroder mencetak 25 mata dan 12 assist dalam prestasi cemerlang sebagai guard point untuk Lakers, yang hanya mempunyai empat pemain simpanan selepas pertukaran pemain dalam dua hari lalu.

    Los Angeles menukar Russell Westbrook, Patrick Beverley, Thomas Bryant, Juan Toscano-Anderson dan Damian Jones dan membawa masuk D’Angelo Russell, Malik Beasley, Jarred Vanderbilt, Mo Bamba dan Davon Reed.

    Russell, Vanderbilt dan Beasley duduk di bangku simpanan Lakers untuk menonton perlawanan ini bersama rakan sepasukan baharu mereka.

    Lakers kini mencatatkan 25-31 selepas kekalahan ketiga berturut-turut mereka, dan mereka sangat memerlukan kemenangan jika mereka berharap untuk mengelak terlepas playoff untuk musim kedua berturut-turut.

    James terlepas perlawanan ke-12 musim ini kerana kecederaan yang memerlukan pemantauan berterusan. Lakers meraikan pencapaiannya dengan upacara sebelum perlawanan di mana dia mengucapkan terima kasih kepada peminatnya dan keluarganya sambil menyifatkan minggu itu ‘seperti mimpi.’

    Walaupun menggunakan kesebelasan utama ke-28 mereka dalam 56 perlawanan musim ini, Lakers yang kekurangan pemain itu mampu mendahului 58-50 separuh masa manakala Milwaukee terlepas 23 daripada 28 percubaan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda