Thursday, May 2, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Budak didakwa cekik, tembak guru kelas

    RICHMOND, 7 FEB – Seorang budak lelaki berusia enam tahun dari Virginia yang menembak dan mencederakan guru gred satu selalu menyumpah pada kakitangan dan guru, cuba menyebat pelajar dengan tali pinggangnya dan pernah mencekik guru lain ‘sehingga dia tidak dapat bernafas’, menurut notis guaman yang difailkan oleh peguam untuk guru yang cedera itu.

    Insiden yang digambarkan dalam notis yang dihantar kepada Newport News oleh Diane Toscano, peguam untuk guru Abby Zwerner, memaklumkan bahawa Zwerner berhasrat menyaman. Notis tuntutan, yang diperoleh The Associated Press menerusi permohonan rekod awam, memperincikan tingkah laku budak lelaki itu di Sekolah Rendah Richneck serta interaksi yang bermasalah dengan guru dan rakan pelajar.

    Dua hari sebelum kejadian, budak itu didakwa ‘menghempas’ telefon bimbit Zwerner dan memecahnya, menurut notis.

    Dia digantung sehari tetapi apabila dia kembali ke kelas Zwerner pada hari berikutnya, dia mengeluarkan pistol dari koceknya dan menembak Zwerner semasa dia duduk di meja membaca.

    “Nasib baik tidak ada orang lain yang cedera,” tulis Toscano dalam notis itu.

    “Penembak menghabiskan masa rehatnya dengan pistol dalam koceknya, pistol yang mempunyai peluru sementara ramai pelajar gred satu bermain.” – AP

    Gambar serahan keluarga menunjukkan Abigail Zwerner, guru gred satu di Sekolah Rendah Richneck di Newport News dalam bilik darjahnya. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...