Wednesday, January 8, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bunuh pelajar kolej vokasional: Kesan darah ditemukan di lokasi kejadian

    TAWAU, 6 DIS – Saksi pendakwaan ke-22 perbicaraan kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, terdapat beberapa kesan darah ditemukan di tiga bilik asrama di kolej berkenaan ketika menjalankan siasatan pada 24 Mac lepas.

    Pegawai Turus D10 Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah DSP Nor Rafidah Kasim berkata pada 10:10 pagi, pasukan siasatan yang diketuai beliau menjalankan pemeriksaan di bilik asrama 7 Resak yang dihuni Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan yang ditemukan mati pada 22 Mac. 

    Nor Rafidah berkata hasil pemeriksaan di bilik asrama 5 Belian juga menemukan beberapa kesan darah di lantai bilik asrama dan turut ditemukan sehelai baju lengan panjang tanpa kolar dalam baldi serta sehelai selimut di atas tilam yang terdapat kesan darah.

    Pemeriksaan terakhir di bilik asrama 7 Belian iaitu lokasi Mohamad Nazmie Aizzat dijumpai maut turut menemukan kesan dipercayai darah di atas tilam tempat mangsa ditemukan tidak sedarkan diri.

    Untuk soalan Peguam Mohamaed Zairi Zainal Abidin, Nor Rafidah bersetuju penemuan kesan darah tersebut adalah hasil pemeriksaan melalui mata kasar. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda