Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cabaran Alpha kembali lagi pada 3 Disember

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – The Alpha Challenge 2023 anjuran D’Sunlit Sdn Bhd sempena Festival Disember Brunei (BDF) yang disokong oleh Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan bagi siri ke-7 akan diadakan semula pada 3 Disember nanti.

    Sehubungan itu, D’Sunlit Sdn Bhd pagi tadi telah mengadakan Majlis Penandatanganan Penaja dan Rakan Kongsi di Dewan Serba Guna D’Sunlit Sdn Bhd.

    Hadir selaku wakil D’Sunlit pada majlis penandatanganan tersebut ialah Pengurus Operasi D’Sunlit, Ngu Tiing Siang dan Pengurus Jualan, Mike Chia bersama para wakil daripada 24 syarikat yang antaranya terdiri daripada NBT Brunei Sdn Bhd, Aifa Sdn Bhd dan lain-lain.

    Cabaran kali ini merupakan yang terbesar merangkumi beberapa laluan berhalangan dengan membukakan tiga kategori terbuka dan non-competitive iaitu Fun Run (lima halangan); Cabaran Omega (lapan halangan); dan Sentinel Sprint (12 halangan).

    Sepanjang cabaran berkenaan, tujuh halangan menarik terbaharu akan dibukakan di mana para peserta akan diuji dari aspek fisikal dan mental. Jika berjaya mengharungi cabaran tersebut, peserta akan dianugerahkan gelaran Alpha.

    Sebagai tambahan, pihak penganjur juga turut mengadakan Cabutan Bertuah Alpha Challenge dengan hadiah bernilai sehingga $10,000. Setiap peserta yang mendaftar berpeluang memenangi 30 hadiah menarik dan seorang pemenang bertuah sahaja akan membawa pulang hadiah utama berupa tiket penerbangan ke Bangkok, Thailand untuk dua orang dan wang sebanyak $1,000.

    Ngu Tiing Siang dan Mike Chia semasa majlis penandatanganan bersama wakil dari NBT Brunei Sdn Bhd di Dewan Serba Guna D’Sunlit Sdn Bhd. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda