Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Calon Presiden Senegal untuk pilihan raya diumumkan

    DAKAR, 21 JAN – Majlis Perlembagaan Senegal kelmarin telah menerbitkan senarai akhir 20 calon untuk pilihan raya presiden 25 Februari yang tidak termasuk ketua pembangkang yang dipenjarakan, Ousmane Sonko dan Karim Wade, anak kepada bekas presiden Abdoulaye Wade.

    Mereka yang disenaraikan termasuk Perdana Menteri, Amadou Ba, yang dipilih oleh Presiden Macky Sall sebagai penggantinya selepas Sall mengumumkan pada Julai beliau tidak akan memohon penggal ketiga.

    Turut disenaraikan ialah bekas perdana menteri dan pesaing Idrissa Seck dan Mahammed Boun Abdallah Dionne, bekas datuk bandar Dakar, Khalifa Sall dan Bassirou Diomaye Diakhar Faye, yang dikemukakan sebagai calon gantian untuk Sonko.

    Faye, 43, ahli parti Sonko yang dibubarkan, turut ditahan tetapi masih belum dibicarakan.

    Dia telah dipenjarakan sejak April 2023 kerana ‘menghina mahkamah’ dan ‘fitnah terhadap badan korporat’ atas catatan Facebook.

    Sonkyo, yang mendapat tempat ketiga dalam pilihan raya presiden 2019, telah berada di tengah-tengah perselisihan sengit dengan negeri itu yang telah berlarutan lebih dua tahun dan sering mencetuskan pergolakan maut.

    Tokoh pembangkang berusia 49 tahun itu telah menjana pengikut yang ghairah di kalangan belia Senegal yang tidak berpuas hati, menarik perhatian dengan retorik pan-Afrika dan pendirian tegasnya terhadap bekas kuasa kolonial Perancis.

    Majlis Perlembagaan menolak pencalonan Sonko kerana hukumannya yang digantung selama enam bulan kerana fitnah, yang dikekalkan oleh Mahkamah Agung pada 4 Januari lalu.

    Dia juga telah dikenakan denda yang tinggi kerana memfitnah dan menghina Menteri Pelancongan Mame Mbaye Niang. – AFP

    Karim Wade, tengah, dikelilingi oleh pengawal keselamatan ketika meninggalkan pejabat pendakwa raya khas di Dakar, Senegal. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda