Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    CDC keluarkan laporan jangkitan rawatan sel tunjang

    MEXICO, 10 MEI – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan laporan kelmarin mengenai tiga kes jangkitan yang nampaknya dikaitkan dengan rawatan sel tunjang yang diterima pesakit Amerika di Mexico.

    CDC mengeluarkan laporan kelmarin mengenai jangkitan Mikobakteria Bukan Tuberkulosis (NTM), yang digambarkan sebagai sukar untuk dirawat dan tahan ubat secara intrinsik serta berkembang dengan cepat.

    Ketiga-tiga pesakit yang dikesan di dua hospital Colorado masih menerima rawatan. Jangkitan itu nampaknya berlaku semasa suntikan sel tunjang yang dijalankan di dua klinik berbeza di negeri sempadan Mexico, Baja California.

    Pada masa lalu, rakyat AS dan Mexico telah dijangkiti disebabkan sesetengah doktor di Mexico menggunakan beberapa dos anestetik dari satu bebuli disebabkan kekurangan atau masalah lain, walaupun tidak jelas sama ada ia menjadi kemungkinan punca wabak terbaharu yang dilaporkan kelmarin.

    Kes pertama dilaporkan pada akhir 2022, dalam seorang wanita yang menjalani rawatan sel tunjang embrionik pada Oktober 2022 untuk sklerosis berbilang. – AP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda