Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ChatGPT versi baharu dilancarkan

    SAN FRANCISCO, 14 MEI – OpenAI kelmarin telah melancarkan versi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang berprestasi lebih tinggi dan lebih mirip manusia yang menyokong alat generatifnya yang popular ChatGPT, menjadikannya percuma kepada semua pengguna.

    “Kami sangat, sangat teruja untuk membawa GPT-4o kepada semua pengguna percuma kami di luar sana,” kata Ketua Pegawai Teknologi, Mira Murati pada acara pelancaran yang sangat dinantikan di San Francisco.

    Model baharu GPT-4o – ‘O’ bermaksud omni – akan dilancarkan dalam produk OpenAI dalam beberapa ming-gu akan datang, kata syarikat itu, dengan pelanggan berbayar mempunyai akses tanpa had kepada alat tersebut.

    “Mod suara (dan video) baharu ialah antara muka komputer terbaik yang pernah saya gunakan. Rasanya seperti AI daripada filem,” kata Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman dalam catatan blog. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda