Sunday, January 12, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    City berpesta gol

    MANCHESTER, 12 JAN – Manchester City memusnahkan impian kelab bekas pemilik bintang Manchester United, Salford, dengan kekalahan 8-0 Piala FA kelmarin, manakala Liverpool mara ke pusingan keempat dengan kemenangan 4-0 ke atas Accrington Stanley.

    Sementara itu, Chelsea juga adalah antara pasukan yang memperolehi kemenangan besar dengan menewaskan Morecambe 5-0.

    Manakala, Brentford pula adalah satu-satunya pasukan Liga Perdana yang tumbang kepada lawan liga bawahan apabila Plymouth, yang menduduki tangga terbawah Kejuaraan, mengejutkan Bees 1-0 hasil gol kemenangan pada minit akhir perlawanan oleh Morgan Whittaker.

    Liga Divisyen Dua, Salford telah meningkat melalui kedudukan bukan liga sejak pelaburan daripada David Beckham, Gary dan Phil Neville, Paul Scholes, Ryan Giggs dan Nicky Butt bermula pada 2014.

    Pep Guardiola telah membuat perubahan besar dalam pasukannya setelah Erling Haaland diberikan rehat.

    Jeremy Doku membuka tirai jaringan hanya lapan minit sebelum pemain muda Divin Mubama dan Nico O’Reilly menjadikan kedudukan 3-0 sebelum separuh masa.

    Jack Grealish kemudian menjaringkan gol pertama untuk City selama lebih setahun daripada sepakan penalti, manakala Doku turut menjaringkan gol dari sepakan penalti.

    Bagaimanapun, James McAtee, yang hanya menjaringkan satu gol untuk City sebelum ini, telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan dengan jaringan hatrik setelah 20 minit separuh masa kedua berlangsung. – AFP

    Reaksi Grealish (tengah), selepas menjaringkan gol keempat pasukannya semasa perlawanan bola sepak di Stadium Etihad di Manchester pada 11 Januari. – AP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda