Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Concepts lancar produk terbaharu

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Concepts Computer Sdn Bhd selaku pengedar Acerpure telah melancarkan produk terbaharu pada majlis yang berlangsung di Dewan Brilliance, Concepts Computer, Kiulap, hari ini.

    Pengurus Produk (Acerpure) Malaysia, Lee Chan Han ketika menerangkan mengenai produk-produk yang diperkenalkan untuk pasaran negara ini berkata, produk baharu dalam siri Acerpure yang diperkenal adalah penapis air Acerpure Aqua WP1 dan penapis udara Acerpure Pro P2 Classic, kipas angin, pembersih vakum dan banyak lagi.

    Beliau menjelaskan, Acerpure Aqua WP1 adalah penapis air tanpa paip yang boleh dipasangkan dengan tangki air sebesar 8.7 liter. Memandangkan ia tidak memerlukan pemasangan paip yang rumit, ia sesuai diletakkan dalam bilik tidur, ruang tamu dan tingkat atas dalam rumah.

    Pengguna boleh kawal suhu air dalam Aqua WP1 secara tepat antara 40 darjah Celsius hingga 95 darjah Celsius.

    Ia dilengkapi sistem tapisan tiga langkah yang mempunyai pengiktirafan Ujian Kualiti Air SGS, di mana ia boleh menyingkirkan bahan sekecil 0.0001um seperti bakteria, virus dan sisa klorin. Di samping itu, ia juga boleh menjejak kualiti air Total Dissolved Solids (TDS) dalam masa nyata.

    Sementara itu, penapis udara Acerpure Cool 2 dan Pro P2 dilengkapi mod pintar untuk menapis udara mengikut keadaan kualiti udara, selain membolehkan pengguna mengawal penapis dari luar rumah dan mengetahui kualiti udara di dalam dan luar rumah dari telefon pintar mereka.

    Produk Acerpure akan dijual dengan harga promosi bermula hari ini hingga pertengahan Disember. Setiap pembelian, pelanggan juga berpeluang mendapatkan hadiah percuma yang bernilai sehingga $394.

    Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk terbaharu berkenaan bolehlah mengunjungi bilik pameran Concepts Computer di Kiulap.

    Lee Chan Han bergambar ramai bersama Kakitangan Concepts Computer bergambar bersama produk terbaharu yang dilancarkan di Dewan Brilliance, Concepts Computer, Kiulap, kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda