Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Croatia berdepan wabak batuk berterusan

    ZAGREB, 30 NOV – Croatia berdepan kesukaran untuk mengawal wabak batuk berterusan yang menurut pegawai kesihatan, kelmarin, sebahagian disebabkan oleh penurunan kadar pemberian vaksin yang berkaitan dengan pertumbuhan gerakan anti-vaksin.

    Sehingga tahun 2023, lebih daripada 1,100 kes batuk berterusan dilaporkan di seluruh Croatia – jumlah tertinggi dalam tahun yang lalu, menurut institut kesihatan awam negara.

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kira-kira 50 kes batuk berterusan dilaporkan setiap tahun.

    Pakar mengatakan penyebaran batuk berterusan juga disebabkan oleh tahap kekebalan semula jadi yang lebih rendah akibat langkah-langkah kuarantin pandemik yang turut mengehadkan penularan penyakit lain.

    Batuk berterusan merupakan ‘wabak penyakit yang sangat mudah berjangkit dan boleh membawa maut kepada anak damit yang baru lahir dan kanak-kanak,’ demikian menurut kenyataan institut kesihatan awam negara.

    Bilangan kes yang paling tinggi dilaporkan di ibu kota Zagreb dan kawasan sekitar bandar pantai Split, menurut kenyataan tersebut, dengan menyatakan bahawa pelajar sekolah rendah membentuk majoriti kes-kes tersebut.

    Menurut program vaksinasi negara, kanak-kanak di Croatia wajib divaksinasi untuk 11 jenis penyakit – termasuk batuk berterusan.

    Tahun lalu, 92 peratus orang kanak-kanak menerima dos vaksin pertama untuk batuk berterusan, menurut angka rasmi.

    Namun, kadar untuk dos kedua merosot kepada 88 peratus di seluruh negara, dengan beberapa buah kawasan melaporkan angka serendah 68 peratus. – AFP

    Ahli staf perubatan memberi rawatan terhadap pesakit, sementara ratusan orang beratur di hadapan institut kesihatan awam negara di Zagreb pada 29 November 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda