Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Daihatsu sambung semula operasi kilang

    TOKYO, 12 FEB – Pengeluar kereta Jepun, Daihatsu, hari ini menyambung semula sebahagian daripada pengeluaran domestiknya, lebih sebulan selepas menangguhkan semua operasi kilang akibat skandal ujian keselamatan.

    Menurut jurucakap Daihatsu kepada AFP, kilang milik Toyota di Kyoto telah mula beroperasi semula dengan menghasilkan van Probox dan van Familia berjenama Mazda.

    Daihatsu dijangka akan menyambung pengeluaran 10 model lain pada 26 Februari ini, selepas Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa mereka mematuhi peraturan keselamatan, seperti yang diumumkan minggu lalu.

    Pada Disember lalu, Daihatsu mengumumkan ia telah memanipulasi ujian keselamatan sejak tahun 1989, yang menjejaskan 64 model, termasuk beberapa yang dijual di bawah jenama Toyota, yang juga ditangguhkan pengeluarannya.

    Pada bulan yang sama, syarikat tersebut menangguhkan semua pengeluaran domestiknya.

    Pada bulan April, Daihatsu mengakui telah memalsukan keputusan ujian kemalangan untuk empat modelnya, melibatkan jumlah keseluruhan 88,000 kenderaan yang dihasilkan di Thailand dan Malaysia pada tahun 2022 dan 2023.

    Pada bulan Mei, pengeluaran dua model kenderaan hibridnya di Jepun dihentikan disebabkan ‘ketidakselarasan’ yang serupa, termasuk SUV Toyota Raize, yang dihasilkan bagi pihak induknya. – AFP

    Foto menunjukkan pejabat jualan Daihatsu Motor di Tokyo pada 22 Disember 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda