Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dayang Nur Syazana sertai program STA di Oman

    Oleh Lyna Mohamad –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JULAI – Germanischer Lloyd Offshore and Industrial Services (B) Sdn Bhd (berdagang sebagai DNV) telah menetapkan pencapaian baharu dengan menghantar bakat tempatan ke Kesultanan Oman bagi program penugasan jangka pendek (STA).

    Kakitangan DNV, Dayang Nur Syazana binti Rafitra telah berlepas ke Kesultanan Oman baru-baru ini.

    Selain bekerjasama dengan pelanggan dalam latihan dan pembangunan penduduk tempatan di Brunei, Local Bruneisarion Development (LBD) komited untuk memastikan bakat tempatan akan dikekalkan pada masa hadapan.

    Program STA itu bertujuan untuk memberi manfaat kepada pekerja tempatan dari segi peningkatan pengetahuan, pendedahan, dan pengalaman serta kecekapan, terutamanya dalam segmen Pemeriksaan Integriti Aset industri minyak dan gas.

    Pihak pengurusan mengesahkan bahawa DNV komited terhadap pembangunan bakat tempatan dengan menyatakan bahawa matlamat mereka adalah untuk mewujudkan pasukan tempatan dengan tahap persaingan antarabangsa yang tinggi yang akan menyokong pertumbuhan perniagaan dan juga menjadi pakar dalam bidang mereka dan dapat memenuhi permintaan pasaran hari ini.

    DNV Brunei juga berhasrat untuk menghantar beberapa lagi bakat tempatan ke Timur Tengah dan rantau lain.

    Dayang Nur Syazana bergambar ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. – Gambar oleh Lyna Mohamad
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda