Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    DBP terima sumbangan 21 naskhah buku

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Suruhanjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh di Negara Brunei Darussalam telah menyumbang 21 naskhah buku kepada Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Muara yang disampaikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona.

    Majlis diselajurkan dengan perasmian Sudut Bacaan Bangladesh yang disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku tetamu khas majlis, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.

    Sumbangan buku tersebut merangkumi pelbagai topik seperti politik, sejarah, ekonomi, seni dan budaya untuk dipamerkan di Sudut Bacaan Bangladesh.

    Menurut Ketua Bahagian Perpustakaan DBP, Dayang Emi Suryaney binti Haji Hipny, acara itu adalah satu lagi langkah ke hadapan Perpustakaan DBP dalam memperkukuhkan ikatan budaya antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat Bangladesh.

    Sumbangan buku daripada pihak Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh menandakan semangat kerjasama dan keterlibatan yang tinggi untuk memupuk rasa cinta terhadap ilmu pengetahuan dan sastera dalam kalangan masyarakat Brunei dan juga masyarakat Bangladesh di negara ini.

    Beliau bagi mewakili DBP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Yang Terutama atas kemurahan hati menyumbangkan bahan bacaan kepada Perpustakaan DBP.

    Dr Siti Norkhalbi menyempurnakan perasmian Sudut Bacaan Bangladesh semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Bahan-bahan bacaan tersebut terdiri daripada buku-buku dalam pelbagai genre dan di dalam bahasa Inggeris dan Bangladesh. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda