Friday, November 15, 2024
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    De Lima buat rayuan batal waran tangkap

    MANILA, Filipina, 27 Feb – Seorang senator wanita Filipina yang juga pengkritik terkenal tindakan Presiden Rodrigo Duterte yang membawa maut ke atas dadah, merayu Mahkamah Tinggi hari ini supaya membatalkan waran tangkap mahkamah Manila ke atasnya bagi tuduhan dadah dan membebaskannya dari penjara.

    Rayuan Senator Leila de Lima mengatakan Hakim Juanita Guerrero tidak mempunyai bidang kuasa ke atas kes itu.

    Dia berkata Guerrero telah melakukan penyalahgunaan kuasa dengan mengeluarkan waran tangkap tanpa terlebih dahulu menyelesaikan usulnya untuk membatalkan tuduhan itu, yang mana dia mempersoalkan bidang kuasa mahkamah rendah. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda