Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Delegasi CEAIE, CATC lawat Politeknik Brunei

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 APRIL – Delegasi seramai 28 orang dari Persatuan Pendidikan bagi Pertukaran Antarabangsa China (CEAIE) dan Kerjasama TVET China-ASEAN (CATC) telah mengadakan lawatan ke Kampus Utama Politeknik Brunei di Jalan Ong Sum Ping, di ibu negara, baru-baru ini.

    Lawatan tersebut merupakan salah satu program sempena lawatan mereka ke Negara Brunei Darussalam di bawah inisiatif Kerjasama TVET China-ASEAN. Delegasi tersebut telah diketuai oleh Timbalan Setiausaha Agung CEAIE, An Yan.

    Tujuan lawatan adalah bagi meningkatkan persefahaman, mengongsikan kaedah terbaik dalam pembangunan TVET dan untuk menerokai peluang-peluang kerjasama dalam bidang TVET antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China.

    Hadir menerima lawatan tersebut ialah Pemangku Pengarah Politeknik Brunei, Lim Kian Boon yang turut menyampaikan ucapan alu-aluan di awal lawatan. Ia diikuti dengan ucapan balas daripada ketua rombongan daripada CEAIE dan CATC. Seterusnya, perbincangan khas telah diadakan khususnya mengenai pertukaran maklumat dan informasi kedua-dua institusi, amalan-amalan terbaik yang telah diadakan, serta cadangan bagi mengadakan aktiviti usaha sama pada masa hadapan. Delegasi juga telah diberi kesempatan untuk melawat prasarana yang terdapat di Politeknik Brunei. Pada sebelah petang, delegasi tersebut juga telah mengadakan program Ifthar Mahabbah bagi tahun 1445H / 2024M dan Masjid Tour sempena menyambut bulan Ramadan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

    Program Ifthar Mahabbah berkenaan merupakan kesinambungan daripada Bengkel Kesedaran Melalui Lawatan Masjid yang diungkayahkan bersama oleh Urus Setia Program Keagamaan Belia; Bahagian Pengembangan Dakwah (Dakwah Khas), PDI; dan Jabatan Hal Ehwal Masjid serta Belia Mualaf As-Syahadah.

    Delegasi dari CEAIE dan CATC semasa lawatan kerja ke Kampus Utama Politeknik Brunei. – GAMBAR SERAHAN POLITEKNIK BRUNEI
    Delegasi CEAIE dan CATC semasa lawatan masjid di Jame’ Asr Hassanil Bolkiah. – GAMBAR SERAHAN POLITEKNIK BRUNEI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda