Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dendam lelaki sihir

    Oleh Masnoah AB –

    Dahulu arwah tua, iaitu kakak sebelah ibu angkatku, tinggal di Kampung Anggerek Desa.

    Ketika arwah masih hidup, dia sering menceritakan kisah tentang masa lalu dan ia masih melekat di fikiran ku. Maklum saja,semasa zaman kanak-kanak dahulu, bermacam-macam cerita orang tua-tua yang sangat menarik minatku untuk dijadikan buah fikiran untuk menjadi contoh dan teladan agar kita sentiasa berhati-hati dan berwaspada menjalani rintangan hidup seharian walaupun ia terlalu sukar dan payah.

    Aku masih ingat kata-kata arwah tua bahawa hantu ini ada di mana-mana dan kerjanya adalah menakutkan orang baik dan jahat, tidak terkecuali orang-orang beriman dan bertakwa.

    Dia pernah menceritakan mengenai hantu buatan sihir makhluk halus yang berlaku ketika dia masih remaja sekitar tahun 1900an di kampung tempatnya tinggal.

    Dikatakan pada suatu pagi, jiran arwah tua ada seorang wanita mengandung sedang menuju pulang ke rumah selepas selesai menjalani pemeriksaan tidak jauh dari klinik.

    Gambar Freepik

    Wanita itu sarat mengandung hampir tujuh bulan setengah.

    Semasa dalam perjalanan pulang itu tiba-tiba ada seorang penarik beca yang tidak dikenali menawarkan untuk menumpangkannya pulang. Disebabkan keletihan, wanita itu bersetuju untuk menaiki beca untuk dihantar pulang.

    Akan tetapi, sebaliknya lelaki penarik beca itu telah membawa wanita itu ke dalam hutan dan jauh terpencil dari kampung. Semasa di dalam hutan, ternampak sebuah rumah cantik dan mewah namun tidak ada penghuni kecuali lelaki itu sahaja yang memilikinya.

    Lelaki itu pun mengajaknya untuk masuk ke dalam rumah itu. Pada mulanya wanita itu enggan mahu masuk, sebaliknya teringin pulang ke rumah khuatir suaminya akan marah.

    Lelaki itu pula terus memujuknya masuk dengan memberikan pelbagai alasan.

    Wanita itu tidak dapat melarikan diri kerana sudah terkena pukau. Ia pun masuk dan terpegun dengan barangan mewah dalam rumah itu. Tak terkecuali segala perhiasan rantai dan gelang emas hinggalah anting-anting dan perak namun semua ini cuma permainan lelaki sihir semata seolah-olah semua kemewahan itu akan menjadi miliknya seorang.

    Sebaliknya wanita itu bagai lupa daratan dan tidak terfikirkan tentang keluarganya namun bayangannya bertukar menjadi angan-angan dalam fikiran mengejar igauan puaka. Lelaki itu merupakan jalang segala kemusnahan untuk memperalatkan wanita itu dengan kuasa sihirnya. Lelaki itu memukaunya berasmara dan akibatnya wanita itu terminum racun berbisa yang boleh memujuk perasaan mengikut telunjuk pukauan itu.

    Akhirnya wanita itu meronta-ronta dalam kesakitan yang amat pedih kerana keguguran anak kandungannya lalu pengsan dan tidak sedarkan diri. Lelaki tadi mengambil anak damit yang mati itu lalu membuangkannya ke sungai. Ia pun menghilangkan diri dan memgembalikan wanita itu berdekatan rumahnya dengan pakaian kotor yang berlumuran darah pekat merah. Ramailah orang kampung berkerumun ke situ.

    Seorang kiyai dipanggil untuk mengetahui punca wanita itu. Oleh kerana sudah gempar sekampung mengetahui bahawa wanita mengandung harus dilindungi daripada manjadi mangsa seterusnya. Kiyai itu menerangkan lelaki itu adalah seorang ahli sihir yang tidak kurang kuasa mengumpan mangsa demi membunuh anak damit dalam kandungan, kerana ia sendiri menderita diperlakukan oleh sihir perempuan tua durjana sejak ia dilahirkan dari dalam kandungan ibunya lagi.

    Ibunya mati selepas lelaki itu dilahirkan, apabila ia dewasa, ia mengamalkan pengajaran daripada perempuan tua itu. Kemudian membunuh perempuan tua itu tanpa belas kasihan demi membalas dendam atas kematian ibunya. Lelaki itu kini masih sendirian dan kesunyian malah tugasnya cuma mencari mangsa untuk dijadikan habuan memuaskan nafsu durjananya. Dia juga mengambil kesempatan untuk merogol tanpa sebarang sebab seterusnya membunuh anak damit dalam kandungan.

    Kiyai bertekad akan mencari lelaki itu demi menumpaskan kuasa sihirnya. Apabila kiyai bertembung dengan lelaki itu mereka terus berperang antara satu sama lain dengan kuasa masing-masing.

    “Kau tak boleh mengalah aku Jasoh … kuasamu tidak sekuatmana lagi,” kata kiyai itu.

    “Peduli apa kau… aku akan terus mencari mangsa untuk membunuh anak damit dari perempuan sihir durjana itu!” bentak Jasoh dengan wajah setengah bengis.

    “Mereka tak bersalah Jasoh, mereka tak sama dengan orang tua dulu tu yang pernah kau bunuh sebelum ini, sudahlah dendam mu sudah pun terbalas… apalagi kau nak mahu… nanti tak ada lagi perempuan di dunia ini tanpa pasangannya lagipun kau belum kahwin.

    Kau pun perlukan mereka juga untuk menjaga sihat sakitmu sepanjang hayat.”
    Sunyi seketika… Jasoh tertunduk diam.

    “Buanglah kezalimanmu itu Jasoh, kembalilah ke pangkal jalan yang diredhai Allah. Aku akan memimpin mu ke sana dan tak baik membunuh anak damit. Jika kau tahu hanya perempuan sahaja yang melahirkan zuriat lelaki seperti mana arwah ibumu begitu berat dan susah payahnya dia mengandung lebih penat dan jerih dia melahirkan kau,” jelas kiyai lagi.

    Tiba-tiba Jasoh mengalami perubahan dari jiwanya, ia terduduk sambil mencium kaki kiyai dengan menangis dan meraung. Kiyai sangat bersyukur di atas kemujaraban nasihatnya yang mendesak Jasoh agar menghentikan tabiat buruknya yang tercela itu. Wanita yang pernah digodanya dahulu itu meninggal akibat perbuatannya.

    Kini Jasoh kembali kerahmatullah dalam keadaan bertaubat setelah kiyai menyelamatkannya daripada sihir kezaliman. Kerana sihir itulah yang memakan diri Jasoh sendiri. Wallahuaklam begitulah kisahnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda