Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Denny harap segera dikurniakan zuriat

    Pelakon, Denny Sumargo berharap akan segera dikurniakan cahaya mata selepas lebih dua tahun mendirikan rumah tangga dengan Olivia Allan. Bukan sahaja faktor usia yang menjadi kerisauan, malah Denny, 42, juga meluahkan rasa sedih apabila melihat isteri yang belum diberikan rezeki untuk hamil.

    “Masih menunggu waktu untuk dikurniakan anak. Saya pun bingung kerana dalam usia begini masih belum dapat anak lagi.

    “Sejujurnya saya lebih sedih melihat isteri. Saya mahu lihat dia hamil dan miliki anak. Meskipun dia tidak pernah tunjukkan perasaan itu, namun firasat saya tahu apa yang diinginkan.”

    Dengan rendah hati juga Denny berharap doa orang ramai agar hasratnya itu dipermudahkan bagi membuatkan isteri gembira.

    “Setiap wanita pastinya mahukan anak selepas berkahwin. Tolonglah doakan untuk kami.
    “Saya dahulu banyak buat salah. Semoga Tuhan dapat mengampuni saya dan memberi rezeki anak kepada kami.

    “Jika ada sebarang sebab kami tidak boleh dikurniakan anak biarlah saya tanggung,” jelasnya seperti yang dipetik dari Detik. – Agensi

    Denny harap isteri gembira jika dikurniakan anak. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda