Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Diaby sertai Al-Ittihad

    RIYADH, 26 JULAI – Pemain sayap Perancis, Moussa Diaby telah menyertai Al-Ittihad, di mana dia akan bergandingan dengan rakan senegaranya, Karim Benzema dan N’Golo Kante di bawah Jurulatih Perancis, Laurent Blanc, menurut kelab Saudi itu Rabu lalu.

    Pemain berusia 25 tahun itu yang memulakan kariernya bersama Paris Saint-Germain meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris, Aston Villa, selepas hanya satu musim membuat perpindahannya dari Leverkusen setahun lalu.

    Dia bermain 54 perlawanan untuk Villa musim lalu, menjaringkan 10 gol dan menghasilkan sembilan bantuan.

    Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Al-Ittihad berkata Diaby bersetuju dengan kontrak selama lima tahun, sambil menambah bahawa dia telah tiba di kem latihan kelab di Sepanyol tanpa menyebut nilai perjanjian itu.

    “Dia akan menjadi aset penting kepada pasukan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ittihad, Domingos Oliveira, dalam satu kenyataan.

    Pengumuman itu dibuat hampir dua minggu selepas bekas pengurus Perancis, Blanc, diumumkan sebagai jurulatih Al-Ittihad. – AFP

    Gambar fail bertarikh 20 April 2023 menunjukkan reaksi Diaby semasa suku akhir Liga Europa, perlawanan kedua bola sepak antara Union St Gilloise dan Leverkusen di Stadium Anderlecht di Brussels. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda