Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didik ahli keluarga cintai Al-Quran

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Sempena Bulan Hari Keluarga Brunei, baru-baru ini, Nuqra telah mengadakan Forum Bersama ke Syurga: Bina Keluarga Pencinta Al-Quran yang dihadiri oleh lebih 400 peserta berbaju serba putih sesuai dengan tema yang dibawakan iaitu Bersama ke Syurga.

    Forum disampaikan oleh dua orang penceramah jemputan iaitu Muhd Yussof bin Haji Abdul Majid dan Haji Azraie Abdul Hak dari Malaysia yang merupakan ikon keluarga Al-Quran Malaysia.

    Mendidik anak pada zaman ini sangat mencabar apatah lagi dalam era gajet dan digital. Antara yang dikongsikan pada malam tersebut adalah bagaimana mendidik ahli keluarga supaya lebih minat untuk mempelajari Al-Quran.

    “Kita kena faham kita didik anak kita di zaman dia, bukan zaman kita” kata Haji Azraie.

    Tip yang dikongsikan oleh Haji Azraie adalah berdasarkan pengalaman beliau mendidik tujuh orang anak beliau yang juga merupakan qari dan qariah kebangsaan.

    Muhd Yussof dan Haji Azraie semasa menyampaikan ceramah pada forum tersebut. – GAMBAR SERAHAN NUQRA

    Selain itu, Muhd Yussof turut berkongsi bahawa antara nikmat pertama yang dirasakan oleh ahli-ahli syurga kelak adalah Allah kumpulkan kembali mereka bersama ahli keluarga mereka di syurga.

    Menjadi impian semua untuk menjadi pencinta Al-Quran dan ke syurga bersama-sama ahli keluarga yang dikasihi.

    Di kesempatan itu juga, Nuqra Komuniti telah dilancarkan oleh Pengarah Urusan 2 Nuqra, Sukmawati Dewi binti Masduki.

    Beliau menerangkan antara objektif penubuhannya adalah sebagai salah satu usaha membawa masyarakat untuk lebih dekat dengan Islam melalui platform yang disediakan seperti Nuqra Quranic, Nuqra Pure Honey dan Nuqra Care.

    Program diakhiri dengan pengumuman pemenang tiket umrah untuk peserta forum yang bertuah.

    Selain membawa pulang satu tiket untuk menunaikan umrah, pemenang juga menerima satu set pakej haji dan umrah yang ditaja oleh Wardah Brunei.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda