Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Diganggu bayangan hitam, Elvina kerap ditindih, sukar bernafas

    Pelakon, Datin Elvina Mohamad, 29, mendedahkan dirinya pernah berdepan gangguan mistik ketika kali pertama membintangi filem bergenre seram.

    Elvina atau nama sebenarnya, Norzalina Mohamad berkata, dirinya juga beberapa kali ‘ditindih’ sepanjang penggambaran filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam walaupun berehat pada waktu siang.

    “Kami menjalani penggambaran filem di Pulau Carey, Klang. Kita semua memang tahu lokasi penggambaran agak ‘keras’. Jadi, memang ada orang yang beritahu untuk jaga mulut bila ke sana.

    “Saya jaga kelakuan, malah tidak banyak bercakap. Namun, hujung-hujung saya kena juga. Saya pernah nampak dua orang pada masa yang sama.

    “Saya ‘shaking’ dan tak boleh nak teruskan, jadi saya minta rehat sekejap. Saya kena kacau pada hari terakhir penggambaran.

    Elvina terdetik mahu tarik diri selepas kerap berdepan gangguan mistik ketika penggambaran filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam di Pulau Carey. – mStar

    “Bukan itu sahaja, saya banyak kali kena tindih, tak boleh bernafas, nampak seperti bayangan hitam sepanjang penggambaran.

    Walaupun berehat pada waktu siang sebab banyak ‘shoot’ petang sampai subuh, jadi waktu tidur juga berubah,” katanya kepada BH Online.

    Tambah Elvina, sebenarnya bukan dirinya sahaja terkena gangguan, sebaliknya seluruh warga produksi sehingga membuatkan mereka perlu berehat seketika.

    “Sejak awal memang satu demi satu kejadian berlaku, seolah-olah ada yang tidak benarkan kami ‘shoot’ di situ seperti cermin kereta pecah dan sebagainya.

    “Bila jadi begitu, kami ‘break’ sekejap untuk buat doa selamat dan solat hajat untuk memudahkan penggambaran.

    “Sebab banyak sangat kejadian berlaku. Malah, saya pernah ada rasa nak kena tarik diri dan takut ‘benda’ ini kacau hingga rumah.

    “Tapi, macam mana pun kena teruskan sebab sudah tandatangani kontrak,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda