Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dituduh merompak, tiga mati dibakar

    BANDAR MEXICO, 21 NOV – Dua orang lelaki dan seorang remaja dibakar di Mexico selepas dituduh merompak, contoh terbaharu di mana perusuh bertindak sewenang-wenang di negara Amerika Tengah itu.

    Pejabat pendakwa negeri Mexico sedang menyiasat serangan yang berlaku pada Sabtu di bandar Chalco, dekat Bandar Mexico. Mangsa berusia 17, 21 dan 22 tahun.

    “Keterangan mengatakan beberapa orang menyerang mangsa sebagai tindak balas terhadap perbuatan merompak,” kata agensi di Twitter.

    Hukuman tanpa perbicaraan oleh perusuh adalah kejadian yang lazim berlaku di beberapa kawasan Mexico, terutamanya di kawasan terpencil di mana polis tiba lambat, tetapi tindakan tersebut telah naik berganda ketika kadar jenayah meningkat.

    Mereka yang bertanggungjawab biasanya tidak dikenal pasti atau ditahan.

    Pada Jun, seorang lelaki berusia 31 tahun dipukul, disimbah gasolin dan dibakar hidup-hidup oleh 200 orang di negeri tengah Puebla selepas dituduh menculik kanak-kanak di bandar tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda