Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doakan keselamatan bakal jemaah ke Tanah Suci

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Enam orang jemaah Masjid Kampung Pulaie bersama isteri masing-masing yang akan menunaikan ibadah haji tahun ini telah diraikan dalam Majlis Doa Selamat yang diadakan di masjid berkenaan, hari ini.

    Doa Selamat yang diadakan selepas sembahyang Subuh itu telah dibacakan oleh Pegawai Masjid Kampung Pulaie, Haji Nuralif.

    Terdahulu, ceramah khas telah disampaikan oleh Haji Sammali bin Haji Adam, yang antara lain menyentuh mengenai tiga perkara penting untuk mencapai haji yang mabrur berdasarkan ayat Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah, ayat 197 iaitu menghindari diri daripada rafats, fusuk dan jidal.

    Gambar ramai bersama jemaah Masjid Kampung Pulaie yang akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda